Ahlan Wasahlan ke laman rasmi SRII AT-TAQWA

Ini adalah contoh banner 2

Ini adalah contoh banner 3

Ini adalah contah banner 4

Ini adalah conoth banner 5

Friday 11 December 2015

KEM SMART SOLAT 2015


Alhamdulilah Kem smart solat sri raudhah telah berlangsung dengan lancar selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 oktober Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pededahan kepada pesera mengenai kepentingan solat. Program yang berlangsung sepanjang dua hari ini telah dibahagikan kepada beberapa slot. Di samping mendapat ilmu yang bermanfaat, program ini juga dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri setiap peserta seperti hormat-menghormati, setia kawan dan bekerjasama didalam kumpulan..

Objektif program

  1. Peserta dapat mengetahui cara-cara berwuduk.
  2. Berwuduk dengan sempurna.
  3. Dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.
  4. Dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
  5. Pelajar dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah. 

PENGAMBILAN PELAJAR SRI RAUDHAH 2016 KINI DIBUKA !!!! 50 Terawal percuma uniform dan t-shirt Maklumat lanjut mengenai yuran dan sekolah

Hubungi ustazah yana 016-2192600/Ustaz Diya 16-2162600





Peperiksaan Akhir Tahun 2015

Pantas masa berlalu, sedar atau tidak kita sudah sampai ke penghujung tahun 2015. Seperti biasa, para pelajar akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Suatu ujian yang akan menentukan kedudukan mereka pada tahun hadapan. Kami guru-guru mendoakan agar anak-anak didik semua dapat menjawab soalan dengan tenang dan tepat, amin...



Promo SMART SOLAT Sekolah Rendah Islam Raudhah 2015



Program Kem Smart Solat SEK RENDAH ISLAM RAUDHAH akan diadakan pada 17 dan 18 oktober 2015 (Sabtu- Ahad) bertempat di Sek Rendah Islam Raudhah taman Putra Kajang. Kem ini mensasarkan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Raudhah dan kanak-kanak dari kawasan sekitarnya. 

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan solat & ibadah serta memupuk disiplin yang mantap dan menyemai keimanan, keyakinan diri dan berfikiran positif apabila menghadapi dugaan & masalah dalam hidup.

Antara aktiviti menarik semasa program ini diadakan ialah praktikal Azan & Iqamah, praktikal wudhu’, tayammum, bacaan didalam solat dan penampilan istimewa slot bersama IMAM MUDA NAJDI


PENYERTAAN TERBUKA KEPADA KANAK=KANAK YANG BERUMUR 8 HINNGA 12 TAHUN (PENYERTAAN TERHAD)

Kepada ibu bapa yang berminat boleh lah menghubungi ustaz dhiya 016-2162600/ustazah yana 016 2162600 atau hadir sendiri di Sek ren islam Arraudhah

Pertandingan Mewarna sempena Open Day

Sebagai menghargai adik-daik yang hadir ke program Open Day Raudhah Islamic School, pihak penganjur telah mengadakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tahun 6. Pertandingan ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Aktiviti cilik ini telah diadakan di dewan utama Raudhah Islamic School. Disamping itu juga, acara lain turut diadakan serentak di lokasi-lokasi yang berlainan.







Sukaneka bersama Ibu Bapa sempena Open Day Raudhah Islamic School

A
lhamdulillah, Raudhah Islamic School telah menjayakan Open Day dengan jayanya. Program ini diadakan saban tahun bagi merapatkan ukhwah di antara para pelajar, kakitangan Raushah Islamic School dan juga ibu bapa. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Open Day pada kali ini.